Online Diary beLLA ILla: September 2012

Sunday, September 16, 2012

tua sudah...:P

Assalamualaikum...
apa khabar rakyat2 beta semua??...hak3..(mulalarh nak mengarut pagi2 buta nie....)
for your information..,i just celebrated my birthday...wah2...nampakan haku sudah tua tapi perangai a bit masih lagi cam kanak2...hak3...that my mum punya ayat time dy wish kat haku...baru haku fikiaq yang haku nie dah besaq tapi masih lagi perangai ntah pa per jerw...


15 Sept.2012
malam 2 my mum made a cake for me...hak3...sambil dok buat haku pun join sekali tengok mak haku buat...alah just marble cake jerw...nak haku x der larhhh terer sangat buat cake yang ada ising lagi 2...hak3..
wah2...wah!!! yummmy..biasa larhh mum handmade mesti larhh sedap...





 16 Sept.2012
malam nie plak...my dad belanja makna kfc kat sungai dua...yang pelik ayah cuma suruh siap lepas solat maghrib & bersubahat ngan mak x kasi gtaw kat kami semua...apalagi sepanjang dok dalam keta semua pakat diam....nak tengok ayah nak bawak pi mana...rupanya pi makan kfc...so that's my dad...suruh kami siap pas2 x gtaw nak pi mana...my mum said kalau cakap2 awal semua pakat excited gilerw....hak3...adik2 haku semua jenis riuh2 skit so tu yang mak & ayah malas nak kasi tau...hurmmm....we're in happy & big family....





ok...sampai sini jerw haku nak share ngan korang....lepas nak balik hostel plak...Ya Allah give strength untuk balik hostel...arghhhhh...huhuhu ( nie larhh ragam bdak2 nak balik hostel masing2)
pakat2 x mau balik...huhuhuhu....



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, September 14, 2012

seindah hiasan adalah wanita yang solehah

Assalamualaikum...and Hi, Hm awkwardnya nak update blog. Banyak benda nak di update sebenarnya sampai dah banyak cerita basi. so cerita basi tu pause la dulu. dah alang alang basi . Hewhew. i just want to post about'hawa'....means that woman...
Hawa,

 Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, 
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
 andai engkau masih ibu, 
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. 

Hawa, 
 Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , 
ingatlah hawa janji Tuhan kita, 
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

Hawa,

 Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, 
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
 lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
 Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
 peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. 
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. 
 Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. 

 Oleh itu hawa,
 Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
 Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, 
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, 
 biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , 
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. 

 Hawa..
 Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. 
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. 
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki. 
 *Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
 *Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 
 *Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. *Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
 *Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. *Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
 *Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya
. *Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang
. *Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu ***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen
Segala Yang Tercatat diatas Semuanya Hak Milik Salsabiila Marzuki